KERTAS KERJA
MAJLIS PENYAMPAIAN
HADIAH DAN
MAJLIS TAMAT
PERSEKOLAHAN MURID TAHUN 6
SJKC ST. LEONARDS,
PORT DICKSON.
1 PENGENALAN
Sekolah
amat mementingkan kecemerlangan murid dari pelbagai bidang perkembangan murid
terutama dalam aspek akademik, sahsiah mahupun kokurikulum. Kecemerlangan murid
pula mencerminkan perkembangan serta kemajuan sekolah, dalam melahirkan modal
insan dan seterusnya membuktikan sekolah adalah satu institusi pendidikan yang
berwibawa dan berjaya. Oleh itu, segala kecemerlangan yang dicapai wajar diberi
pengiktirafan oleh pihak sekolah. Hari anugerah kecemerlangan merupakan agenda
tahunan sekolah yang merupakan satu medium bagi pihak sekolah meraikan
murid-murid yang menunjukkan potensi dan kesungguhan dalam mencapai
kecemerlangan diri. Adalah menjadi harapan, pengiktirafan ini dapat menjadi
motivasi kepada setiap murid untuk mencontohi atau mengulangi kejayaan yang
sama atau lebih baik pada tahun berikutnya.
2 MATLAMAT
2.1 Memberi
penghargaan kepada murid-murid yang cemerlang serta berpotensi dalam bidang
akademik, kokurikulum dan kepimpinan.
2.2 Memupuk
emosi murd-murid agar berazam ingin maju, berkeinginan bersaing secara sihat
menuju kejayaan yang setanding dengan orang yang telah berjaya.
2.3 Mengembangkan
bakat murid dari segi kepimpinan, keyakinan terhadap diri sendiri, individu
yang berpengetahuan, berkebolehan dan berkemahiran.
3 OBJEKTIF
3.1 Memberi
pengiktirafan kepada murid-murid yang telah mencapai keputusan yang cemerlang
dalam bidang akademik, koakademik dan sahsiah.
3.2 Mengumpulkan
warga sekolah dan ibu bapa untuk meraikan para murid yang mencapai
kecemerlangan.
4 PELAKSANAAN
TARIKH : 20 November 2016
HARI
: Ahad
MASA
: 8.30 pagi – 1.00 tengah hari
TEMPAT
: Dewan SJKC St. Leonards
5 KUMPULAN SASARAN
5.1 Semua murid
5.2 Semua guru
5.3 PIBG
5.4 Ibu bapa atau penjaga
6 CARTA ORGANISASI
Penasihat
|
Pengerusi LPS : En Tan Hun Tiong
YDP PIBG : En
Lee Ah Chuan
|
Pengerusi
|
Pn Foo Li Mui
|
Naib Pengerusi
|
Pn Tan Lee Ling
Pn Koo Yen Ni
|
Setiausaha
|
Pn Ong Shoo Boey
|
Sambutan
|
GB & GPK
|
Penyelaras & Bendahari
|
Pn Ong Shoo Boey
|
Buku Program
|
Pn Ong Shoo Boey & Pn Koo Yen Ni
|
PA Sistem
|
Pn Koo Yen Ni
|
Juruacara
|
Pn Tin Gek Lian & Pn Yoong Shadow Hun
|
Sijil Tamat Sekolah
|
Cik Koh Yea Chin
|
Hadiah/ Cenderahati
|
Pn Tyee Mea Lee & En Muslim
|
Peralatan
|
Cik Ee Li Ching
|
Penyelia Acara
|
Cik Tam Nian Ci
|
Persiapan Dewan
|
Cik Lim Kwee Fong , Cik Law Chia Hui &
Pn Lim Yoke Choo
|
Makanan/ Minumam
|
En Muslim & Pn Tan Lee Ling
|
Jurukamera
|
Bekas murid
|
7. ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil
|
Perkara
|
Unit
|
Harga
|
1
|
Hadiah
|
140
|
RM800.00
|
2
|
Makanan murid
|
200
|
RM160.00
|
3
|
Peralatan / Persembahan
|
|
RM200.00
|
JUMLAH
|
RM1160.00
|
8. ATUR CARA
8.30 am
|
Ketibaan para
jemputan
|
9.00 am
|
Nyanyian lagu Negaraku
|
9.15 am
|
Ucapan Pengerusi PIBG
|
9.20 am
|
Ucapan Guru Besar
|
9.25 am
|
Ucapan Wakil Murid Tahun 6
|
9.30 am
|
Penyampaian Sijil Tamat Persekolahan
|
9.50 am
|
Penyampaian Hadiah
|
10.20 am
|
Persembahan
|
1.00 pm
|
Bersurai
|
9 PENUTUP
Adalah diharapkan segala persiapan dan persediaan
untuk melaksanakan program ini akan berjalan dengan lancar serta penuh jayanya.
Segala kerjasama dan komitmen serta sumbangan daripada semua pihak sama ada
yang terlibat secara langsung atau tidak langsung adalah merupakan titik
permulaan bagi menuju ke arah kecemerlangan anak-anak didik kita yang mana suatu
hari nanti merupakan pemangkin dan pemimpin pada masa hadapan.
Disediakan oleh, Disahkan
oleh,
…………………………….. ……………………………..
(ONG SHOO BOEY) (FOO LI MUI)
PK Kokurikulum, Guru
Besar,
SJKC St.
Leonards, SJKC
St. Leonards,
Port Dickson. Port
Dickson.
没有评论:
发表评论